Category Archives: Refleksi Kelas GGGE6543

BENGKEL WEB 2.0

Alhamdulillah…akhirnya bengkel Web 2.0 (Collaborative Tool & Publishing Tool) telah berjalan dengan lancar. Semua perancangan yang telah dibincangkan sebelum ini telah dapat dilaksanakan tanpa menghadapi sebarang masalah. Peserta kursus yang terlibat terdiri daripada 19 orang guru tadika Tunas Permata UKM. Bengkel telah diadakan selama 3 jam (2.30pm-5.30pm) pada 30 Disember 2011 (Jumaat) bertempat di Makmal Komputer 1 Fakulti Pendidikan UKM.

Syabas dan tahniah kepada semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung sebagai fasilitator bengkel terutama kepada pembentang Cik Shirley Tan dan Pn. Jamailia yang telah menyampaikan kandungan bengkel yang berkaitan dengan aplikasi Web 2.0 (Storybird.com dan Issuu.com) dengan jayanya. Secara keseluruhannya, pengisian bengkel tersebut amat berguna bagi golongan pendidik dan pelajar kerana ia amat sesuai untuk dijadikan bahan bantu belajar yang amat menarik serta menyeronokkan. Konsep belajar sambil bermain dan menyeronokkan begitu sinonim dengan aplikasi ini terutama bagi kanak-kanak yang berada di peringkat tadika kerana aplikasi ini banyak menggunakan gambar-gambar yang menarik.

Semoga ilmu yang dicurahkan akan dapat memberi manfaat dan dapat diaplikasikan oleh para guru Tunas Permata tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran mereka nanti, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain.

Penghargaan yang tidak terhingga buat pensyarah GE6543 YBhg. PM Dr. Norazah Nordin dan PM Dr. Rosseni Din yang banyak memberi bimbingan dan mencurahkan ilmu berkaitan ICT yang amat berguna kepada kami sebagai pendidik. Semoga Allah memberkati dan merahmati segala jasa dan pengorbanan yang diberikan. Wassalam..

BENGKEL WEB 2.0 FAKULTI PENDIDIKAN UKM 30 DIS 2011

Kelas GGGE6543 Minggu ke-14

Hari ini perbincangan berkaitan bengkel Web 2.0 yang akan diadakan pada minggu hadapan.
Selepas itu, diadakan sambungan pembentangan tugasan Web 2.0. Hari ini merupakan kuliah yang terakhir untuk semester ini. Berjumpa lagi semester depan…Jangan lupa BENGKEL WEB 2.0 pada minggu hadapan pada hari Jumaat 30 Disember 2011..

Kelas GGGE6543 Minggu ke-13

Kelas hari ini berjalan seperti biasa. Selepas bercuti lama menunaikan haji, akhirnya PM Dr Rosseni datang menjenguk kami. Lama tak jumpa, rindu rasanya…hanya dapat mengetahui perkembangan Dr. hanya melalui maya sahaja….maklumlah subjek interaksi alam maya….seronok jugak..Bila buatwordpress mesti teringat Dr. Rosseni..boleh dikatakan web “COMPUTER EDUCATION” tu macam sifu maya nak bangunkan wordpress ini..PM Dr. Rosseni telah memantau perkembangan Tugasan 1 berkaitan wordpress tersebut pada hari ini.Masing-masing agak risau juga sebab dah lama tak usik tugasan forlio tersebut. Maklumlah semua pelajar tengah demam Mobile Learning. Bila dah habis bentang, tak lah susah sangat rupanya Mobile Learning ni…emmmm…Seterusnya sesi pembentangan Tugasan 2 (Mobile Learning) dijalankan bagi kumpulan yang terakhir. Akhirnya khatam dah bab Mobile Learning ni…Alhamdulillah..

Pembentangan Berkaitan Mobile Learning (GGGE6543-Minggu ke 12)

Pada minggu ini, sesi pembentangan berkaitan tugasan Kajian Literatur berkaitan ‘Mobile Learning’ diadakan.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan adalah; ‘Senario Pembelajaran Mobile di Sekolah’, ‘Masa Depan Pembelajaran Mobile’, ‘Strategi-strategi Pembelajaran Mobile’, ‘Kerangka Pembelajaran Mobile’, ‘Teknologi dalam Pembelajaran Mobile’, dan Teori-teori Pembelajaran Mobile’.

GGGE Minggu ke-11: Perbincangan Penganjuran Workshop Web 2.0

Kuliah hari ini adalah sesi pembentangan setiap kumpulan berkaitan tugasan berkaitan Web 2.0 masing-masing.Semua kumpulan telah memberi taklimat dan membentangkan berkaitan Web 2.0 yang telah ditugaskan. Memang menarik sebab banyak perkara baru yang dapat dipelajari pada hari ini.Nanti bolehlah diaplikasikan dalam P & P di sekolah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah berkongsi ilmu tersebut. Wah…nampaknya belajar komputer ni pun banyak dapat kumpul pahala kan? Ye la..bila rakan-rakan dah kongsi ilmu tersebut pada rakan-rakan yang lain, nanti bila kita ajar kat anak murid pulak guna aplikasi tersebut, kan ke berkembang biak lagi pahala tu ..betul kan..Alhamdulillah…setiap ilmu yang bermanfaat kita sebarkan kat orang..ha..pahalanya akan mengalir sampai kat “rumah 2 kaki ke bawah tanah” nanti..insyaallah..

Sesi seterusnya ialah perbincangan dalam kalangan rakan pelajar berkaitan Tugasan 4 iaitu penganjuran bengkel web 2.0 untuk guru-guru Tadika Tunas Permata UKM. Melalui perbincangan tersebut, Collaborative Tool (Story Bird) dan Publishing Tool (Issuu) telah dipilih untuk disampaikan pada bengkel yang cadangkan dilaksanakan pada Disember 2011 nanti.Kami juga telah mewujudkan Jawatankuasa khas bagi bengkel tersebut. Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

                               

                                  AJK Pelaksana WEB 2.0

Penasihat                        :   P.M. Dr. Norazah bt. Mohd. Nordin & P.M. Dr. Rosseni bt. Din

Pengarah Program      :   Muhammad Amirul bin Abdullah

Timb. Pengara/ Doa   :   Mohammad Faizal bin Ibrahim

Setiausaha                      :   Punia bt. Turiman

Bendahari                       :   Rian Vebrianto

Juruacara                       :   Azwin Arif bin Hj. Abdul Rahim

Pembentang                   :   Tan Shir Ley , Nadiah bt. Khalid & Jamailia bt. Jumahari

Fasilatator                       :   Semua pelajar

Dokumentasi                   :   Nor Ainshah bt. Abdul Mutalib , Chik Maslinda bt. Omar & Noorul Faedzah bt. Rosli

Pendaftaran & p. tetamu   :  Marhaini bt. A.Rahman & Faizah Othman

Fail peserta & tag            : Khalid Mat Pardi & Nadiah bt. Hassan

Buku program                   : Saravanan a/l Loganathan & Vasanthi a/p Velu

Jurugambar                        : Raeinyah bt. Bujang

Sijil & cenderamata          : Jizah bt. Omar & Adzliana bt. Mohd Daud

Jamuan                                  : Habibah bt. Haji Abdullah & Rokiah bt. Othman

T-shirt fasilitator               : Azwin Arif bin Hj. Abdul Rahim  & Mohd. Bekri bin Rahim


Kuliah Minggu ke-10 GE6543

Hari ini pembentangan tugasan kedua (Mobile Learning) yang berkaitan Kajian Literatur mengikut tajuk-tajuk yang telah dibahagikan (secara berkumpulan). PM Dr Norazah telah membuat rumusan dan penerangan tambahan terhadap tajuk-tajuk yang telah dibentangkan. Banyak info yang diperolehi daripada sesi pembentangan ini kerana sebagai guru, trend pembelajaran mobile ini perlu diketahui dengan lebih lanjut lagi supaya tidak timbul masalah apabila tiba masanya ia di emplimentasikan secara meluas dalam sistem pendidikan negara nanti.

Seterusnya, PM Dr.Norazah memberikan tugasan terakhir iaitu berkaitan dengan Web 2.0 yang berbentuk bengkel untuk guru-guru di Tunas Permata.Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru tadika agar ICT melalui Web 2.0 ini dapat diaplikasikan dalam P & P di dalam bilik darjah.. Perbincangan dengan semua pelajar akan diadakan pada minggu hadapan.. Bersedia dengan tajuk-tajuk Web 2.0 masing-masing untuk dibentangkan…

Tugasan3: Web 2.0
Tajuk Kumpulan
1. Social Networking Tools Faizal & Habibah & Rokiah
2. Sharing Tools Marhaini, Faizah Othman
3. Collaboration Tools Shirley, Nadiah Khalid
4. Communication Tools Ain & Noor Faedzah Amiza & Cik Maslinda
5. Presentation Tools Khalid&Nadiah
6. Bookmarking/Annotation Tools Amirul, Rian
7. Content Creation Tools Azwin & Bakeri
8. Survey/Voting Tools Vasanthi & Saravanan
9. Assessment Tools Punia , Azliana, Jizah
10. Publishing Tools Jamailia & Raeinyah

Minggu ke-9 GE6543 (Tugasan 3-Web 2.0)

Hari ini PM Dr.Norazah telah memberikan tugasan Web 2.0. Pelajar diminta melihat pada link yang dimasukkan pada web-group ggge6543. Setiap pelajar diminta bersedia dengan tugasan web 2.0 masing-masing..Pilih 2 sahaja daripada aplikasi yang telah ditetapkan.

Kuliah Minggu ke-8 (GE6543)

Kuliah pada hari ini adalah tentang :

1) Presentations Guidelines

2) Basic Instructional Design For Courseware Development

PM. Dr. Norazah telah memberi garis panduan tentang pembentangan slide Power Point..

Kuliah Minggu ke-7 (GE6543): e-Learning

Kuliah oleh Prof.Madya Dr. Norazah berkaitan ‘Pembelajaran Dalam Talian’ atau e-learning atau e-pembelajaran.PM Dr. Norazah juga telah mewujudkan yahoo groups (ggge6543-2011@yahoogroups.co.uk) bagi kelas ini bagi memudahkan pelajar berhubung sesama ahli group. hari ini juga Dr. telah mengagihkan tugasan yang kedua kepada setiap kumpulan tentang literatur berkaitan MOBILE LEARNING. Setiap kumpulan dibahagiakn dengan tajuk yang berkaitan Mobile Learning dan dikehendaki mencari 10 jurnal berkaitan dengan tajuk yang diberi..

Tugasan 2: Penyelidikan dan Trend amalan inovatif

Berikut ialah tajuk bagi tugasan kajian literatur.

Pelajar diminta untuk membuat secara berkumpulan (2-3 pelajar setiap kumpulan)

1. Pengertian Pembelajaran Mobile : Ain & Noor Faedzah
2. Teknologi dalam Pembelajaran Mobile: Punia , Azliana, Jizah
3. Pengajaran dan Pembelajaran Mobile : Marhaini, Faizah osman
4. Kerangka Pembelajaran Mobile (Mobile Learning Framework) : Azwin & Bakeri
5. Teori Pengajaran yang mendasari pembelajaran mobile: Shirley, Nadiah Khalid
6. Contoh-contoh senario pembelajaran mobile – pendidikan IPT (2): Amiza & Cik Maslinda
7. Contoh-contoh senario pembelajaran mobile – sekolah: Faizal & Habibah & Rokiah
8. e-book dan peranti mobile: Amirul & Rian
9. Masa depan Pembelajaran Mobile: Jamailia & Raeinyah
10. Contoh-contoh senario pembelajaran mobile – pendidikan IPT: Khalid & Nadiah Hasan
11. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Mobile: Vasanthi & Saravanan

Selamat berjaya….

Kuliah Minggu ke-6 GE6543 -EndNote

Kuliah minggu ini  di siber@ptsl, UKM. Bengkel EndNote disampaikan oleh Puan Shaizimah Binti Badzri.

Antara isi bengkel :

1. database of references”

2.ADDING/EDIT/DELETE REFERENCES

3.IMPORT REFERENCE.

4.CUSTOM GROUP

5.CITE WHILE YOU WRITE

 

Kuliah GE6543 (Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan) Minggu ke-5

Kuliah hari ini di PTSL UKM:

Tajuk kuliah: Penyelidikan Perpustakaan (Pencarian Maklumat)

Penyampai: Puan Lela Ruzma Mohd Shaari

Tempat: siber@ptsl, Universiti Kebangsaan Malaysia

Masa: 3 hingga 6 petang

Beliau telah memberi taklimat tentang bahan-bahan sumber yang terdapat di PTSL. Beliau telah memberi taklimat tentang pencarian maklumat dan bahan di PTSL:

i) Sumber Bercetak – GEMILANG

ii) Sumber Elektronik

  • e-artikel : Jurnal & Akhbar
  • e-Book
  • e-Thesis
  • e-rep

Kelas GGGE6543 Minggu ke-4

Tengah belajar macam mana nak bagi cantik lagi WordPress ni…Mula-mula rasa susah jugak, tapi makin lama makin mudah..Alhamdulillah..Semoga wordpress ini dapat dijadikan medium yang bermanfaat buat diriku dan rakan-rakan yang lain dalam usaha menyebarkan ilmu Allah di muka bumi ini. Insyaallah…

Kelas GGGE6543 Minggu ke-3

Mengemaskini maklumat pada WordPress…Sifu alam maya…COMPUTER EDUCATION..terima kasih tak terhingga buat PM Dr. Rosseni yang banyak memberi tunjuk ajar dalam penghasilan WordPress ini…

Kelas Minggu Ke-2 “Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan”

Hari ini PM Dr. Rosseni mengajar kami cara untuk membangunkan satu web wordpress.. Ini merupakan tugasan pertama kami dalam kuliah ini. Pelajar diminta menghasilkan wordpress masing-masing mengikut kretiviti masing-masing. PM Dr. Roseni telah memberi bimbingan cara untuk menggunakan wordpress, cara nak upload video, nak buka akaun dan kami diminta untuk merujuk pada nota yang terkandung dalam WordPress beliau “COMPUTER EDUCATION”. Mula-mula rasa susah jugak, tapi dah lama-lama nanti ok la tu.